cicak unggul
cicak unggul

Monday, November 30, 2009

Remote PC Rakan Anda


Baru- baru ini kawan saya yang berada di KL ingin meminta pertolongan dari saya untuk membetulkan laptop beliau. Perbualan di telefon merumitkan saya dan juga dia untuk memahami masalah sebenar. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut, langkah pertama:

1) Menyuruh rakan run kan TeamViewer Quick Support. Aplikasi ini tidak perlu diinstall

2) Saya pula akan install software TeamViewer. Ikuti langkah-langkah pemasangan yang telah disediakan.

3) Setelah run kan TeamViewer Quick Support. Rakan saya akan diberikan ID dan password seperti di bawah: Id dan password wajib diberitahu kepada saya!


4) Saya akan memasukkan id rakan dan seterusnya password. Seperti dibawah
5) Sekarang dapatlah saya men’godeh’ laptop rakan saya sehingga selesai~!


Mudah bukan. Selain dapat memantau PC orang lain, fungsi-fungsi yang terdapat di dalam software adalah seperti boleh transfer file, chat, membaikpulih dan sebagainya. Tapi harus diingat..guna software ini untuk tujuan bantu rakan sahaja.

Selamat Mencuba

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Wednesday, November 18, 2009

Tidak Dapat Upload File/Gambar bersaiz besar ?

Salam kepada semua pembaca. Musim hujan kan sekarang ni. Hope Batu Pahat tak banjir macam last year. Penat nak pindah-pindah.hehe.Ok lah entry kali ini datangnya dari kiriman Pn. Siti Asmah.Bagaimana mahu upload file menggunakan media fire, terutama biler susah sgt nak hantar email or attach file yg bersaiz besar.Cara-caranya adalah seperti berikut :

1) Layari laman web Media Fire
2) Tak perlu sign up!
3) Just Klik pd UPLOAD to MediaFire(Witout an account)
4) Klik upload your file

5) Kemudian select file


6) Klik Begin Uploading Files7) Tunggu sehingga Upload Complete



8) Copy URL ke email

~selamat mencuba~
~Awal mula pohon ialah benih~

VIRUS PALING JAHAT DARI YANG PERNAH ADA


Baru- baru ini saya menerima emel dari rakan saya, memberitahu tentang virus baru yang ditemui. Berikut merupakan ringkasan virus tersebut:

Sebuah virus baru sudah ditemui, dan digolongkan oleh Microsoft sebagai yang paling
bahaya!
Virus itu baru ditemukan pada Minggu yang lalu oleh McAfee, dan belum ditemui
vaksin untuk mengalahkannya. Virus ini akan mengosongkan Sektor hard disc, yang
menyimpan data-data terpenting. Virus ini berjalan sebagai berikut :

Secara automatik virus ini akan mengirim ke semua nama dalam daftar alamat anda dengang
judul "Sebuah Kad Untuk Anda" (Une Carte Pour Vous, atau A Card For You); - jika kad
virtual itu terbuka, virus itu akan membekukan komputer sehingga pengunanya harus
memulakannya kembali; kalau anda menekan CTRL+ALT+DEL atau perintah untuk restart, virus itu akan mengosongkan data dari Sektor Boot hard disc, sehingga hard disc akan rosak secara permanent. Menurut CNN, virus itu dalam beberapa jam sudah menimbulkan panik di New York. peringatan ini telah diterima oleh pegawai Microsoft sendiri. Jangan membuka e-mail dengan judul "Sebuah kad virtual untuk Anda" (Une Carte Virtuelle Pour Vous atau A Virtual Card For You).

AWAS!!!
Jangan terima kotak "pti_bout_de_ chou hotmail.com". Ini virus yang akan memformat
komputer anda. Kirimkan pesan ini ke semua orang yang ada di dalam daftar alamat anda..

~Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair~

Sunday, November 15, 2009

Lagi Virus


Saya akan berkongsi bagaimana hendak buang virus2 yn berasal dr Indonesia atau Malaysia. Sesetengah virus seperti Brontok dan JambanMu..(huhuhu dgr nama pn dah tau asal dr mane rite?) tak dapat dikesan oleh antivirus terkenal seperti Avira dan Kaspersky. So kita memerlukan antivirus yg dibuat dr tempatan untuk mengesannya.
Kalau di Malaysia kita leh pakai GeeKz Virus Remover (GVR) yang dihasilkan oleh ApoNie. Antivirus ini juga dapat memperbaiki registry yg tlh dirosakkn oleh virus.Mcm xleh nak bukak regedit dan sebagainya
Jika di Indonesia antivirus spt PCPMedia Antivirus, ANSAV, SmadAv boleh digunakan. plg mudah kebanyakkan antivirus ni bersifat portable..so senang r nk cucuk kat pendrive tuk gune kat mane2 PC..tp antivirus2 ni masih xboleh menandingi antivirus terkemuka seperti Avira dan Kaspersky, tp boleh gunakannya sebagai tambahan kepada antivirus sedia ada…

Sumber Rujukan :http://sembangkomputer.com

File atau document penting hilang!

Entry kali ni saya hendak berkongsi kepada anda semua bagaimana hendak mengembalikan fail atau dokumen yang telah didelete samada secara sengaja atau tidak sengaja. Mungkin ada diantara kita akan panik apabila file penting terdelete dan recycle bin juga sudah dibersihkan. Sebenarnya, file yang anda delete tadi tidak kemana-mana. Secara teknikalnya Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda..
OK baiklah.. setelah kita ketahui file tersebut masih boleh diselamatkan.Tapi bagaimana cara nya?
Ada beberapa contoh perisian percuma yang telah saya gunakan seperti PC RECOVERY dan recuva. Di sini sy tunjukkan bagaiman recuva berfungsi :

1)download recuva di http://www.piriform.com/recuva

2)Di sini anda boleh pilih jenis file yang hilang samada picture, doc, emel,music dan lain
3)Anda juga boleh klik dimana tempat file yang sudah didelete.Klik sahaja pada I'm not sure (lebih mudah kan)

4)Ok recuva mula mencari file2 yang sudah delete. anda hanya perlu tick pada recover. dan file tersebut akan terpapar semula untuk di save...Sungguh Mudah

~Selamat Mencuba~

Friday, November 13, 2009

1st BuLeTiN







Thursday, November 5, 2009

Bengkel ICT

Bengkel Penyelenggaraan Peralatan ICT sekolah (komputer) Fasa 2.
Diadakan di 2 tempat iaitu SMK Seri Gading & juga SK Seri Paya. Antara yang terlibat adalah Fasilitator Schoolnet & Juruteknik komputer bahagian PKG Pt Raja, PKG Senggarang, PKG Ayer Hitam, PKG Yong Peng & PKG Seri Medan.