cicak unggul
cicak unggul

Wednesday, August 11, 2010

SalaM Ramadhan


Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan
saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

~ Salam Ramadhan Al –Mubaraq ~

Tuesday, August 3, 2010

KARNIVAL IMPAK DI HATI DAN ICT




Wednesday, July 14, 2010

CSRCS.EXE

Salam soree
Ok.. penah nampak cam kat atas ni? Message Box ni akan ganggu idup anda setiap kali anda masuk windows. Sebenarnya message ni menunjukkan bahawa PC korang pernah dijangkiti virus Brontok .

Untuk buang virus dan menghentikan message box yang asyik keluar jek ni caranya:

1) Run > Taip Regedit > Ctrl-F taip kat kotak search tu csrcs> delete saja
2) Masih di regedit >Ctr-F taip csrcs di search box> kali ini anda akan jumpa "explorer.exe csrcs.exe" di bahagian shell > Righ click di bahgian shell > modify> tukar "explorer.exe csrcs.exe" kepada explorer.exe saja3) Restart .settle tiada lagi msg box ganggu gugat hidup anda



Then sama juga la lau kowang jumpa msg box camni. If kowang klik don’t send, IE akan automatically close. Ini pun disebabkan virus yang telah menyerang computer korang telah mengubah setting di error reporting

Cara selesaikan :

1) Right click pada My computer> Properties > klik pada tab Advanced > klik Error Reporting > kelau box seperti di bawah

2) virus telah tukar setting menjadi enable seperti di atas. So tukar balik kepada disable error reporting dan tick pada kotak but notify me when critical error appear.
3) Restart cuba ngk ade lagi tak msg2 box yang kacau tu..Tiada sudah!

Selamat hari raya

TIPS MEMBELI LAPTOP


Setiap kali jika kita mahu membeli laptop atau PC apa yang kita lihat terlebih dahulu?
Oh coz budget!
Tp nowadays laptop pn dah murah even for high spec technology kan.? So apalah sgt setakat 2k tu..hehehe janji anda berpuas hati!
Tips dia senang jek lau nak beli laptop
1. Tujuan kita guna laptop tu untuk ape, lau setakat menaip jek xpayah kot Graphic lelebih
2. Budjet!
3. Jenis laptop (sekali lg elakkan Compaq dan HP) sowi pengguna Compaq!

Ok ini dari sudut pandangan aku as a USER. If I want buy a laptop, the 1st thing I will check is, PROCESSOR!

PROCESSOR
Intel setakat ini paling laris dan cocok sekali untuk pengguna pc
Ok jika anda rasa Intel Core 2 Duo processor plg pantas skrg,teeett anda silap..hehe.. Since Januari 2010 intel telah kuarkan Core i7 ,I3, i5 Core dan Core mobile. Semua prosesor ini menggunakan teknologi Intels 32nm baru dan of coz la lebih laju ..ape lg..hehhe

2nd thing, i will look at their MEMORY

Skrg DDR3 sudah, same price kot as DDR2 but can operate twice as fast as the DDR2 memory. Laptop untuk 2010 ini biasanya menggunakan memory DDR3 kerana Intel Core i chip motherboard hanya boleh membaca DDR3.

Windows XP – sekurangnya2 anda perlu ada ram 1 gig ke atas
Windows Vista – sekurangnya anda perlu ada ram 2gig ke atas
Windows Seven – sekurangnya anda perlu ada ram 1 gig ke atas


Lain-lain spec Hard Drive Storage and USB

Teknologi yang paling popular untuk netbook dan laptop hard drive storage now ialah SSD (solid state drive). .Penyimpanan SSD beroperasi pada memori flash dan jumlah tertinggi penyimpanan sekarang adalah 250GB dan rasanya akan meningkat lagi.

USB 3.0
Jika USB 2.0 boleh beroperasi untuk 480Mbps transfer data,kini USB 3.0 can operates at 5Gbps transfer. So ape yang ponting skrg faster! faster dan faster!

Biasanya laptop mempunyai hard disk 160gig, 250gig dan 320 gig. Bateri laptop juga mempunyai beberapa jenis seperti 4-cell, 6-cell dan 9-cell. Jika inginkan bateri yang tahan lama pilih bateri 6-cell dan 9-cell.
Sekiranya spec dah terbaek adakah anda rasa bateri anda boleh tahan lama. Berapa jam agak-agak? 2 jam? 4 jam? 6 jam?.
Usually paling lama pun 2jam mybe.. dh kira ok lah tu!.mau bateri tahan lama, selamat, cabut bateri di belakang laptop dan gunakan sahaja elektrik. Ha lau mau jaga lg setting la guna stanby dan hibernate, power setting di laptop.

OS
Untuk OS plak skrg standart la downg letak Windows7. Lau Vista nengok dia ada tak free upgrade kepada windows seven. So xpayah beli dvd baru untuk upgrade nanti.
Jangan lupa tanya tokey ada tak cd driver untuk laptop anda, senang tuk format deer


Acct sepjg berkenalan dengan laptop-laptop yang byk problem slalunya laptop jenis COMPAQ dan HP. Tapi baik-baik jgn kondem ske2 ati, haha pena sekali time interview aku cite tentang keburukkan Compaq, dah abes cite baru aku jeling CEO tu pakai laptop Compaq..lalala
Problem yang biase ok (compaq dan hp)

• screen rosak
• driver tiada
• driver susah cari (seyes sush..hehehe)
• spare part mahal
• spare part susah cari

Try la laptop jenis acer, dell, toshiba, dan sony vaio ke.. Ok

EH tapi lau de info laen sila2 la komen..info ni just from my experience saja.
TEKNOLOGI BERUBAH SETIAP SAAT

Thursday, May 27, 2010

LUPA OR BUANG PASSWORD BIOS ..

Entry kali ini nak cerita sikit pengalaman kami semasa buat penyelenggaraan di SK Seri Bulan. Wow! 1st impression aku “ mati cikgu ICT dia POWER !! “

Cikgu di SK Seri Bulan menyuruh kami format semua computer yang pakai windows 98 ke xp.. hehehe no big prob. But suddenly …1 pc ni keluar skrin itam seperti dibawah.

Acctualy kebanyakan computer MIMOS yang fasa 1 memang agak rumit sedikit untuk diselenggara. Ini kerana

1) susah nak bukak kompenan dalaman. Bengkok2 tangan aku nak putar skru untuk keluarkan Hard Disk. Serius susah!
2) Dorang set password BIOS. Memang banyak bypass backdoor BIOS password yang boleh kita cuba untuk masuk, tapi leceh la. Byk!

So cara paling senang untuk buang password BIOS, aku dengan shida bertekat untuk

1) cabut sahaja bateri CMOS tu. Kasik cungkil sikit. Tunggu 10-20 minit pasang kembali bateri CMOS dan hidupkan semula computer.. Jeng2.. no password already .so boleh masuk boot dengan sekelip mata..hehehe

cungkil ngan testpen

2) Cara kedua kalau yang atas tak menjadi, kowang bukak la satu2 jumper kemudian pasang balik dan hidupkan semula computer. Tak silap ada tulis bios kat jumper, cabut yang itu.

selamat mengodeh~

Thursday, March 25, 2010

2nd BuLeTiN





Monday, March 8, 2010

Mahu Blur kan background?


1) Gunakan Magnetic Lasso Tools dan gerakkannya sekeliling background,( kawasan yang mahu dikaburkan) seperti gmbar di bawah.

* tgn mesti steady kalau guna tools ni
Boleh juga guna Magic Wand Tools.lagi mudah! Tp ada caranya.(itu saya akan tunjuk secara praktikal he he he).

2) Selepas highlightkan kawasan yang mahu dikaburkan, klik pada filter dan disitu banyak pilihan dan jenis blur yang boleh anda gunakan. Untuk tutorial ini saya guna Surface Blur.


3) Anda boleh selaraskan radius dan threshold mengikut kesesuaian. Jangan sampai nampak fake sangat

4) Selain guna filter, anda boleh juga gunakan Blur Tools dan gerakkanla ia disekitar kawasan highlight. Tapi bagi gambar megapixel kecik bolehla guna ni.huhu.


5) Selepas puas hati dengan tahap blur , anda boleh juga bermain dengan tone warna. Klik pada Image > Adjustment > dan pilih selective color.



Disitu anda boleh cerahkan atau pudarkan warna-warna image. Selamat mencuba~!!

* Cuba godeh pada levels, curves dan color balance..Sangat menarik!! THE KEY IS EXPLORE!
SEBELUM
SELEPAS

Monday, February 1, 2010

Sekitar Kursus Joomla Di Johor


Lama rasanya aku menyepikan diri dari blog FS ini..heheh bukan merajuk oke.. Oklah, now saya nak share ngan semua bagaimana nak enable kan balik TaskManager, Regedit, Command Prompt yang telah Disabled?
Kebanyakkan virus/malware/ yang tidak la berbahaya sgt..atau masih baru2 membiak di dalam komputer anda, virus ini akan disablekan fungsi task manager, regedit, command prompt dan kadang kala folder options.Hal ini kerana untuk mengelakkan kita dapat membetulkan atau membuang virus tersebut dengan cepat menggunakan task manager.

Tidak perlulah format rasanya, selagi boleh fix secara manual. Tetapi berdasarkan pengalaman aku, virus/malware seperti Freddy K, Jambanmu, Symantec (antivirus yang menyamar)..masih leh buang melalui regedit..Tetapi jika korang terjumpa virus RVHOST.exe, format la sbb even dah buang pun virus tu..bekas dia masih ada..(from my experience )

Task Manager

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Ctrl + Alt + Delete" kemudian double klik --> pilih "Remove Task Manager"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.
Command Promp

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Prevent Access to Command Prompt"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

Regedit dan Folder Options

Untuk adakan balik regedit yang dipadam oleh malware, masih lebih kurang sama :
Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pilih "System" -> Double klik "Prevent access to registry editing tools" -> tekan properties pilih "Disabled"
Manakala untuk Folder Options:
Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pergi "Windows Components" -> Pilih "Windows Explorer" -> Double Klik "Removes the Folder Options menu item from the Tools menu" -> tekan properties pilih "Disabled"


Sebenarnya semua ini dah ade script dia untuk kita anablekan balik fungsi task manager. Terpulang la kepada individu masing2.jika mau cepat pakai saje software banyak seperti
Task Manager Fix, Enable Task Manager, Flash Disinfector, Hijack n blablabla

Tapi sampai bila kita nak pandai kan, sesekali kaji la script tu, pahamkan, buang secara manual. Baru kita lebih paham fungsi sebenar regedit dan lain2.