cicak unggul
cicak unggul

Sunday, November 15, 2009

File atau document penting hilang!

Entry kali ni saya hendak berkongsi kepada anda semua bagaimana hendak mengembalikan fail atau dokumen yang telah didelete samada secara sengaja atau tidak sengaja. Mungkin ada diantara kita akan panik apabila file penting terdelete dan recycle bin juga sudah dibersihkan. Sebenarnya, file yang anda delete tadi tidak kemana-mana. Secara teknikalnya Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda..
OK baiklah.. setelah kita ketahui file tersebut masih boleh diselamatkan.Tapi bagaimana cara nya?
Ada beberapa contoh perisian percuma yang telah saya gunakan seperti PC RECOVERY dan recuva. Di sini sy tunjukkan bagaiman recuva berfungsi :

1)download recuva di http://www.piriform.com/recuva

2)Di sini anda boleh pilih jenis file yang hilang samada picture, doc, emel,music dan lain
3)Anda juga boleh klik dimana tempat file yang sudah didelete.Klik sahaja pada I'm not sure (lebih mudah kan)

4)Ok recuva mula mencari file2 yang sudah delete. anda hanya perlu tick pada recover. dan file tersebut akan terpapar semula untuk di save...Sungguh Mudah

~Selamat Mencuba~

2 comments:

SK SERI PEMATANG RENGAS said...

acct rmi org rekemen PC recovery.stabil.tp aku pena cuba..file yg ilang tu dpt..cume type file tu dah berubah2 n corrupt.. n quite complcted skit.recuva ni lau for basic aku rs dh ok!

MasterVBS said...

PC recovery tu bleh finalliza mengikut file x?? Admin bleh tunjuk x recuva ni nk finallize trus dalam file masing²??

Post a Comment