
Baru- baru ini kawan saya yang berada di KL ingin meminta pertolongan dari saya untuk membetulkan laptop beliau. Perbualan di telefon merumitkan saya dan juga dia untuk memahami masalah sebenar. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut, langkah pertama:
1) Menyuruh rakan run kan TeamViewer Quick Support. Aplikasi ini tidak perlu diinstall
2) Saya pula akan install software TeamViewer. Ikuti langkah-langkah pemasangan yang telah disediakan.
3) Setelah run kan TeamViewer Quick Support. Rakan saya akan diberikan ID dan password seperti di bawah: Id dan password wajib diberitahu kepada saya!

4) Saya akan memasukkan id rakan dan seterusnya password. Seperti dibawah


Mudah bukan. Selain dapat memantau PC orang lain, fungsi-fungsi yang terdapat di dalam software adalah seperti boleh transfer file, chat, membaikpulih dan sebagainya. Tapi harus diingat..guna software ini untuk tujuan bantu rakan sahaja.
Selamat Mencuba
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.